AboutJournalFollowTwitter

Everywhere
Monday, October 14, 2013, 1:01 AM, 0 comments
Fipper disarung ke kaki. Tuala yang dicapai tadi diletak kemas ke penyangkut. Kelas mula lagi 15 minit dan Iskandar cuma ada 8 minit untuk gerak ke kampusnya. Haih!

“Kalau lah aku tak pergi borak dengan member tadi, takde aku lambat siap camnih. Tup tap tengok-tengok member dah awal dah mandi,” bebel macam mak cik kat tepi gerai je lagaknya. Muka putih bersih itu ditenung lama dalam cermin.

“Hensem juga aku ni. Heh,” sempat lagi nak puji diri. Semangat tambahan konon. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. Lagi pun, bukankah sebaik-baik ciptaan Allah itu ialah manusia?

Senyum.

Hamdallah.


Kampus Darul Quran: 0820
Perut berbunyi macam cengkerik dekat hutan belantara. Bunyi ranting patah pun ada juga. Hiperbola. Tak sempat isi perut tadi. Padan muka. Who cares juga kalau kau tak makan kan. Eh ye ke? Kat Syria, Mesir, Palestin, Afrika, huh kat Malaysia ni pun…berlambak kot yang tak breakfast, lunch, dinner semua ni.

Farhan duduk di sebelah Iskandar. Kerusi ditarik perlahan.
Sedari tadi, Farhan hanya memerhati gelagat Iskandar yang ala-ala pelakon teater takde suara. Wajah cemberut semacam. Tangan di perut. Hah, sah lambat bangun ke  apa ni sampai tak sempat makan?

“Lapar ke?”

“Tak sangat. Tapi, yes. Confirm tak boleh focus lepas ni,” Iskandar merengek macam budak 2 bulan. Farhan mencebik.

“Hek eleh. Nah, ambil ni. Takpe, aku gentle man hari ni,”

Iskandar menyambut huluran Farhan. Bun coklat dua bungkus yang entah dari mana gentle man ni seludup.

“Thanks. Memang kau gentle apa. Hotstuff la katakan. Ha ha ha,”
“Hotsuff kat dunia takpe. Hot stuff kat akhirat tu je yang naya nanti,”
Gulp. Air liur ditelan lama.



Iskandar sengih kambing. Padan muka. Kan kena setepek! Dia segera membuka plastik bun itu lalu disuap rezeki  ke dalam mulut.

“Hm. Makanan untuk tubuh ni, ada je kat memana nak cari. Sumber makan, minum sekarang kat tepi jalan pun boleh je nak beli.
Tapi,
Makanan untuk rohani ni nak dapat dari mana? Heh.
Sumber rohani ni, dari Allah je kita boleh dapat. Percuma. Kena usaha. Istiqamah. Allah pula kita letak kat mana? Langit? Bumi? Udara? Cari lah dalam hati sendiri, kerana…
Hanya dengan mengingati Allah, jiwa kita akan menjadi tenang. Ye dak?
Eh, cepat sikit makan. Kang Murobbi datang, kena detention pulak tak pasal-pasal.”

Iskandar mengangguk laju.
Lepas ni, cari makanan untuk rohani pula.





Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & Icon